Persatuan PEKOMIK

16Dis06

skmlogo2.gifKhas untuk komikus Malaysia, dengan ini PEKOMIK telah pun ditubuhkan pada 9 Disember 2006. Syabas untuk mereka-mereka yang bergabung tenaga menjayakan persatuan tersebut. Ada sinar yang gemilang bakal mewarnai dunia komik tanah air, insyaALLAH. BUAT YANG TERBAIK!



9 Responses to “Persatuan PEKOMIK”

  1. tahniah… tahniahhhh… tahniaaahhhh

  2. wahhh..

    thanks for the support tok guru kerengge

    will keep you guys update on PeKOMIK

  3. terima kasih kembali

  4. salam…

    jap,jap. ini enche’ kerengga yg tulis komik lagak a mahmud tu kah?. kalau betul.celemekkkkkkkk!.saya mmg suka baca lagak a mahmud tu dari kecik lagik tapi skang Gila-Gila dah tak best.rindu zaman rejabhad,zaman allahyarham yg menulis from taiping with love tu ngan sapa yg buat katun takde dialog tu bang?,dgn tulisan oleh a samad ismail, matt romeo ngan minah apa yg kerek gila tu.nyampah aku!.aiseh lupa lah!.

    apa-apahal pun selamat datang ke dunia blog!.

  5. En. Ayob; Lagak A.Mamud tu dilukis oleh sahabat saya yang hebatiaitu Fatah asal mari dari Dungun, Ganu. Gelfren dia nama Jenab dan kucingnya bernama Ahmad Jais. Bila teringat lagu A.Mamud yang dinyanyikan oleh Jalil Hamid, tersenyum-senyum saya dibuatnya. Lagu tu dimuatkan dalam album sulung GG Group berentak ala A-Go-Go irama 60an gitu. Katun yang tak berdialog dulu tu selalunya dilukis oleh Jaafar Taib.

    Zaman dah berlalu, GG tidak digilai seperti dahulu tapi masih ada dipasaran sebulan sekali. Ramai yang telah meninggalkan GG tapi Hasan, Long, Ramzahurin (sekadar menyebut beberapa nama) masih melukis di GG. Masih kental memperjuangkan katun. Ujang pun nampaknya mula bergiat semula di GG, moga GG menggila kembali.

  6. Apa kabo, bro Kerengge? Gua Pyan yg bersama Adeputra kat zine GH dulu, & peronah menerajui zine Rottworld & slalu lepak kat CM dulu2. La ni masih berkarya lagi ke atau concentrate kat painting?
    Kira ok le ada blog sendiri. Susah jugak nak cari weblog kartunis2 terutamanya yg otai2 & dah lama x bergiat. Yg jumpa pun blog Gayour… Bukan apa, nak tau jugak perkembangan – spt Don, Asan, Bor dll.

  7. Laaa… Pyan, abang ingat; lebih-lebih lagi CM, Restoran Yusof tu… hahaha! Tah ada lagi ke tidak restoran tu…
    Lama dah tak ke CM tu nanti boleh gak “reunion” sekali kot. Trima kasih kerana post Pyan. Salam buat saudara kita Adeputra; moga berjaya dalam hidup ini. salam

  8. 8 PENDETA

    seronok pulak nengok kartunis-kartunis bersembang-rasanya blog kerengge ni patut di update selalu kerana ramai peminat2 seperti saya yang ingin mengetahui perkembangan kartunis2 tanahair yang sememangnya jarang mendapat perhatian media arus perdana(surat khabar sibuk dengan cerita penyanyi dan pelakon saja-naik mual aku)

  9. 9 a. jamaludin

    Asmkm…
    Brader Kerengge….setahu saya satu masa dulu sedara ada buat kursus melukis kartun secara pos rasanya.Masih adakah naskah tersebut?Saya begitu meminati stroke dan gaya penceritaan saudara seperti kisah Lembing Awang Pulang Ke Dayang.Watak perempuan dalam karya saudara begitu anggun dengan mata besar dan bulu mata melentik habiss.Bagaiman saya dapat menghubungi saudara dan kalau boleh saya ingin berguru dalam bidang ini dengan saudara…
    Semoga saudara terus sukses.


Tinggalkan Jawapan kepada esis Batal balasan